Tuesday, November 25, 2014

ZIKIR RABU

RAHSIA DAN KELEBIHAN HARI RABU DALAM ISLAM


Kelebihan Hari Rabu dalam Islam - Hari Rabu merupakan hari ke 4 daripada 7 hari kesemuanya. Sebab itu dalam bahasa arab hari Rabu dinamakan 'al-arbi'ak' bermaksud hari yang ke-empat.

Dari Anas Bin Malik ra. berkata : "Rasulullah SAW telah ditanya tentang hari Rabu.

Maka Baginda menjawab : Hari Rabu adalah Hari Bencana terus-menerus. Para sahabat bertanya : " Mengapa demikian Ya Rasulullah?". Lalu Baginda menjawab : Kerana pada Hari itu Allah telah menenggelamkan (menghancurkan) Fir'aun dan kaumnya, memusnahkan kaum 'Aad dan Tsamud, yakni kaum Nabi Saleh AS yang ingkar terhadap kerasulan dan kenabiannya. 

Perkara yang berlaku pada hari Rabu :
  1. Auj bin Unuq dibinasakan dengan burung hudhud.
  2. Allah menenggelamkan Qarun bersama keluarga dan harta kekayaannya ke dalam perut bumi.
  3. Fir'aun dan kaumnya dibinasakan dengan ditenggelamkan di dalam Sungai Nil.
  4. Namrud dibinasakan dengan nyamuk.
  5. Allah menghancurkan kaum Nabi Saleh a.s.
  6. Syadad bin Aad dibinasakan dengan suara Malaikat Jibril as.
  7. Allah menghancurkan kaum Nabi Hud a.s dengan hembusan angin yang kuat.
  8. Allah menghancurkan raja Namruz bin Kan'an dengan memasukkan serangga ke dalam telinganya.


ZIKIR HARI RABU YANG BOLEH ANDA AMALKAN



ASTAGHFIRULLAH HAL A’dZIM

(aku mohon keampunan kepada Allah yang Maha Agung)
~Setiap kali dibaca zikir di atas, menghilangkan satu titik hitam dalam hati dan Allah memberi keampunan kepada hambaNya.
Jadikan zikir ini sebagai amalan kita seharian.

Umi Aliesya
0139010598
www.vitamin4mama.blogspot.com

No comments:

Post a Comment